Jumaat, 17 April 2015

Karangan

Kesan-kesan Penebangan Hutan Tanpa Kawalan



     Dewasa ini, terdapat pelbagai kesan penebangan hutan tanpa kawalan yang boleh mengakibatkan gangguan ekosistem, bencana alam dan kekurangan sumber alam.

     Seterusnya, aktiviti yang tidak bagus ini boleh menyebabkan bencana alam. Bencana alam yang sering berlaku adalah seperti tanah runtuh dan banjir kilat. Tanah runtuh boleh berlaku apabila akar pokok tidak kuat untuk mencengkam tanah.

     Selain itu, penebangan hutan tanpa kawalan juga boleh menyebabkan gangguan ekosistem. Gangguan ekosistem boleh mengakibatkan pemanasan global serta kekurangan oksigen. 

      Di samping itu, kekurangan sumber alam boleh menyebabkan flora dan fauna pupus serta kekurangan sumber kayu.

       Konklusinya, fenomena ini boleh di kawal sekiranya pihak berwajib menjalankan tugas dengan betul. Aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan haruslah dijalankan agar khazanah alam tidak terpupus begitu sahaja. 


(118 patah perkataan)

1 ulasan:

  1. Best Casino Sites in India | Lucky Club
    Best Casino Sites in India: ₹1500 bonus offer on Lucky Club slots games luckyclub.live ⭐ Exclusive promotions and deposit bonuses. ⏩ Free No Deposit

    BalasPadam